Berita UtamaDunia

Presiden Palestin terima peletakan jawatan ahli PLO

Peletakan jawatan Hanan berkuat kuasa akhir tahun ini

RAMALLAH, 24 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Presiden Palestin Mahmoud Abbas menerima peletakan jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hanan Ashrawi.

Beliau yang juga aktivis politik dan ketua Jabatan Diplomasi dan Dasar Awam PLO dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu, memberitahu peletakan jawatannya berkuat kuasa pada akhir tahun ini.

“Selaras dengan komitmen seumur hidup saya terhadap prinsip-prinsip integriti dan ketelusan, saya ingin menyatakan perkara-perkara berikut mengenai peletakan jawatan saya dari Jawatankuasa Eksekutif PLO.

“Saya bertemu dengan Presiden Mahmoud Abbas pada 24 November 2020 dan kami mengadakan perbincangan yang jujur dan ramah, di mana saya memaklumkan kepadanya mengenai keputusan saya untuk mengundurkan diri daripada jawatan berkenaan mulai akhir tahun ini,” katanya.

Hanan berkata, surat peletakan jawatan secara bertulis telah diserahkan kepada Mahmoud pada 26 November lalu.

“Seperti yang telah saya tegaskan kembali kepada Presiden Mahmoud Abbas, saya akan terus melayani rakyat Palestin dalam setiap kemampuan, walaupun di luar pejabat,” katanya. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button