Berita Utama

Status Tanah Rizab Melayu tak perlu dibatal di infrastruktur awam

Urusan pembatalan TRM di bawah bidang kuasa negeri masing-masing

KUALA LUMPUR, 24 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Status Tanah Rizab Melayu (TRM) tidak perlu dibatalkan, meskipun kawasan itu mempunyai infrastruktur awam kerajaan.

Bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada dasar ditetapkan pihak berkuasa negeri masing-masing, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju.

Katanya, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), entiti yang memiliki tanah yang dibangunkan infrastruktur awam bagi kerajaan diiktiraf sebagai Melayu di setiap negeri berdasarkan semua enakmen TRM di Semenanjung.

“Urusan pembatalan TRM di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri masing-masing mengikut enakmen TRM negeri masing-masing.

“PTP pula adalah entiti yang memiliki tanah infrastruktur awam bagi kerajaan Persekutuan dan PTP diiktiraf sebagai Melayu di setiap negeri.

“Jadi, tiada keperluan bagi mana-mana kawasan TRM yang mempunyai infrastruktur awam kerajaan Persekutuan perlu dibatalkan,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) mengenai apakah dasar kementerian berkaitan peningkatan dan pengurangan TRM dan adakah semua TRM yang digunakan bagi infrastruktur awam diganti semula.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button