Berita UtamaDunia

3 tahun ditahan, keluarga Uyghur bertemu semula di Australia

Kisah Sadam Abudusalam pernah jadi kes hak asasi berprofil tinggi

SYDNEY, 25 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Seorang lelaki warga Australia daripada etnik Uyghur bertemu kembali dengan keluarganya, selepas dilaporkan berada dalam tahanan di Xinjiang selama tiga tahun.

Pertemuan itu turut menyayat hati selepas Sadam Abudusalam buat pertama kali bersua muka bersama anaknya sejak dilahirkan sama tempoh dengan tahanannya.

Pertemuan tersebut dirancang selepas kerajaan China memberi kebenaran kepada ahli keluarga etnik berkenaan untuk meninggalkan wilayah Xinjiang.

Menerusi laman Twitternya, Sadam menyiarkan gambar keluarganya yang tiba di lapangan terbang Sydney pada Khamis.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Negeri Australia, Marise Payne, aktivis hak asasi manusia serta semua pihak terbabit dalam menyatukan mereka.

Pada 2017, China melarang isteri Sadam, Nadila Wumaier dan anak lelaki mereka meninggalkan Xinjiang dengan merampas pasport, sekali gus menjadi kes hak asasi manusia berprofil tinggi di Australia.

Sadam datang ke Australia lebih sedekad lalu sebagai pelajar dan telah berkahwin dengan Wumaier pada tahun 2016.

Anak mereka, Lutfy dilahirkan di Xinjiang dan diberi kewarganegaraan Australia pada 2019, setelah Sadam mendesak kerajaan negara itu membantu keluarganya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button