Berita Utama

Bina rumah ibadat perlu selari nisbah penganut suatu kawasan

Tak perlu kaitkan isu dengan sentimen perkauman, agama, politik

BANGI, 25 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Isu lambakan rumah ibadat boleh diselesaikan dengan menggunakan beberapa prinsip mudah tanpa perlu mengaitkan sentimen perkauman serta agama.

Malah, isu itu juga tidak seharusnya dicampuradukkan dengan soal politik, kata Felo Penyelidik (Undang-Undang dan Perlembagaan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof.

Beliau berkata, jika ada konflik, pihak yang terlibat boleh menyelesaikan masalah dengan mengikut saluran undang-undang sedia ada.

Jelasnya, setiap binaan termasuk rumah ibadat perlu dibangunkan dengan keizinan sekiranya membabitkan tanah kerajaan atau persendirian.

“Jika tanah kerajaan perlu izin kerajaan, jika tanah persendirian perlu kebenaran pemiliknya.

“Rumah ibadat sesuatu agama adalah untuk keguanaan terbuka penganut agama itu,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Justeru, Dr Muhammad Fathi berkata, tiada keperluan untuk rumah ibadat diwujudkan lebih daripada satu bagi agama yang sama di dalam satu kawasan.

“Rumah ibadat untuk kegunaan penduduk setempat, jadi ia perlu selari dengan nisbah penganut agama dalam kawasan berhampiran.

“Jika di situ tiada penduduk, maka kewujudan rumah ibadat bukan satu keperluan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button