Berita Utama
RON95, RON97, diesel naik 3 sen
KUALA LUMPUR, 25 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Harga runcit petrol ROM95, RON97 dan diesel masing-masing naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON 95 ialah RM1.73, RON 97 (RM2.03) dan diesel (RM1.93).
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu. -Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.