Berita UtamaPendapat

KPKT rancang jadikan Highland Towers sebagai tapak sejarah

Tidak berhasrat membina tugu peringatan di tapak berkenaan

KUALA LUMPUR, 26 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hanya merancang mengindahkan semula tapak kondominium Highland Towers dan menjadikannya sebagai tapak bersejarah.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata KPKT tidak berhasrat membina tugu peringatan di tapak berkenaan seperti dilaporkan media.

“Hasrat mengindahkan itu bagi memperingati peristiwa tragis yang mengorbankan 48 penghuni kondominium berkenaan pada 11 Disember 1993 yang juga telah melakar sejarah hitam buat negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Zuraida memberitahu kawasan di Highland Towers perlu diberi nafas baharu kerana sebelum ini mengundang rasa kurang senang penduduk setempat kerana masalah sosial yang didakwa berlaku di kawasan itu.

Justeru katanya kawasan dengan bangunan terbiar selama 27 tahun itu akan diceriakan menerusi pembangunan tempat bersejarah serta dalam masa sama dapat menjamin kesejahteraan penduduk di kawasan Highland Towers.

Media sebelum ini melaporkan KPKT merancang bina tugu peringatan di tapak Kondominium Highland Towers.

Tragedi Highland Towers pada tahun pada 11 Disember 1993 menggemparkan negara apabila satu daripada tiga blok kondominium yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dan meragut 48 nyawa. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button