Dunia

Mahkamah Austria tarik balik larangan pakai tudung babit murid sekolah

Perundangan langgar prinsip kebebasan beragama, hanya sasar umat Islam

VIENNA, 26 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Mahkamah Perlembagaan Austria menarik balik undang-undang yang diperkenalkan tahun lalu, berhubung larangan pemakaian tudung bagi murid sekolah rendah. 

Dalam keputusan pada Jumaat, mahkamah menyatakan bahawa undang-undang itu tidak berperlembagaan, diskriminasi dan melanggar prinsip kesamarataan berkaitan kebebasan beragama dan kepercayaan. 

Undang-undang itu melarang kanak-kanak berusia bawah 10 tahun memakai tudung dan dicabar oleh ibu bapa dua kanak-kanak. 

Undang-undang itu dikemukakan oleh gabungan Parti Rakyat (OeVP) dan Parti Kebebasan Kanan (FPOe) pada Mei 2019, hanya beberapa hari sebelum pemerintahannya runtuh akibat skandal rasuah.

Kandungan undang-undang itu cuba menafikan kononnya wujud diskriminasi dengan melarang pemakaian yang dipengaruhi ideologi atau agama berkait penutup kepala.

Bagaimanapun, mahkamah mengatakan bahawa undang-undang berkenaan difahami hanya seperti menyasarkan pemakaian tudung dalam kalangan orang Islam. 

Ini kerana, undang-undang tidak terpakai kepada pemakaian penganut agama Sikh iaitu patka dan Kippa dari penganut Yahudi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button