Berita UtamaDunia

Parti terbesar Maghribi bantah langkah normalisasi Israel

Maghribi jadi negara Arab keempat khianat perjuangan Palestin

RABAT, 26 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Tatkala, Israel dan Yahudi Maghribi meraikan perjanjian untuk menormalkan hubungan antara kedua-dua negara, parti terbesar dalam kerajaan bertengkar berhubung tindakan yang dianggap sebagai pengkhianatan terhadap rakyat Palestin.

Bukan itu sahaja, perjanjian yang disokong Amerika Syarikat (AS) itu – pengumuman ‘normalisasi’ keempat yang membabitkan negara Arab dan negara penjajah Israel dalam beberapa bulan – juga mendapat kritikan Moscow.

Agensi berita RIA memetik Kementerian Luar Russia sebagai berkata, keputusan AS untuk mengiktiraf kedaulatan Maghribi adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Memenangi sokongan global berhubung tuntutannya ke atas Sahara Barat adalah matlamat dasar luar terpenting di Maghribi.

Negara itu juga sering mengambil sikap yang lebih terbuka terhadap Israel dan rakyatnya berketurunan Maghribi daripada negara-negara Arab yang lain.

Menteri Luar Maghribi, Nasser Bourita pada Khamis berkata, Raja Mohammed VI telah mengikuti perubahan AS di Sahara Barat selama tiga tahun, menjalin hubungan erat dengan menantu Trump dan penasihat kanan, Jared Kushner.

Sementara raja mempunyai kata putus mengenai polisi luar negeri, Parti Keadilan dan Pembangunan Islam (PJD) – yang memperoleh kerusi terbanyak dalam pilihan raya 2016 – tidak muncul sepenuhnya dalam pengumuman mengenai Israel.

Dalam perbahasan kelmarin setelah perjanjian itu diumumkan, perselisihan timbul di kalangan pemimpin kanan parti, kata seorang anggota yang hadir.

Hampir keesokkan hari, parti itu masih belum memberikan komen mengenai perjanjian itu, meskipun rakan gabungan utamanya menyambut baik langkah berkenaan.

Maghribi menjadi negara Arab keempat tahun ini yang menormalkan hubungan dengan Israel apabila Presiden Donald Trump memenuhi hasrat Maghribi selama puluhan tahun dengan menyokong kedaulatannya yang dipertikaikan di Sahara Barat.

Sebelum Maghribi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan sudah menandatangani perjanjian tajaan AS bagi memulihkan hubungan dengan Israel.

Selain itu, Mesir dan Jordan sudah menandatangani perjanjian damai dengan rejim berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button