Berita Utama

Polis nafi PKPD seluruh Selangor mulai hari ini

Orang ramai dinasihat untuk bertenang, jangan mudah percaya

SHAH ALAM, 26 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Polis Selangor menafikan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di seluruh Selangor mulai hari ini seperti yang ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kenyataan berkenaan tidak benar dan menasihati orang ramai untuk bertenang dan tidak mudah mempercayai serta terpengaruh dengan berita yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Polis Kontinjen Selangor telah mengesan berita palsu yang ditularkan melalui media sosial, berita yang berlatarbelakangkan siaran berita televisyen tempatan itu tertulis “PKPD di Selangor serta-merta, mulai 12 Dis 2020 dan semua pintu masuk dan keluar Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Azam berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang perkongsian atau menyebarkan berita dari sumber yang tidak sahih.

“Perbuatan penyebaran berkenaan boleh menyebabkan kegusaran dalam kalangan masyarakat dan mengugat ketenteraman awam,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button