Dunia

Israel bebaskan tahanan Palestin dengan syarat

379 orang dilarang masuk ke Masjid al-Aqsa, Old City

RAMALLAH, 16 Ramadan 1444H, Jumaat – Pihak berkuasa pendudukan Israel membebaskan kebanyakan jemaah Palestin yang ditahan di Masjid al-Aqsa, dengan syarat mereka kini dilarang untuk memasuki tapak suci itu.

Peguam, Mohammad Mahmoud berkata, daripada 440 rakyat Palestin yang ditahan di Masjid al-Aqsa – membabitkan penduduk Baitulmaqdis, Israel dan Tebing Barat – 379 orang dibebaskan selepas menerima larangan memasuki tapak suci dan Old City di Baitulmaqdis.

Katanya, tahanan Palestin yang ditangkap telah disiasat dan butiran peribadi mereka direkodkan oleh polis pendudukan Israel sebelum dibebaskan.

Bagaimanapun, Mohammad berkata, 14 daripada tahanan telah dibawa ke penjara sementara menunggu siasatan lanjut, dan 47 lagi dipindahkan ke tahanan polis.

“Terdapat 65 kanak-kanak bawah umur dalam kalangan tahanan,” katanya.

Susulan serangan ganas Israel terhadap rakyat Palestin di al-Aqsa, Majlis Wakaf Agama di Baitulmaqdis memberitahu, masjid tidak akan ditutup untuk jemaah pada bila-bila masa sepanjang bulan Ramadan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button