Berita UtamaIstimewa

Tiada siapa kebal, sikap tegas roboh premis haram dialukan

Bela penceroboh ibarat setuju perbuatan langgar undang-undang

BANGI, 26 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Agak pelik apabila segelintir pihak mengecam tindakan kerajaan merobohkan kuil Hindu di atas tanah yang digazetkan sebagai kawasan lapang.

Seharusnya kumpulan kecil itu lebih baik sibuk dengan memperjuangkan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada menyampuk kerja pihak kerajaan yang tiada kaitan dengan mereka.

Tanpa menyebut sebarang nama, Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris secara sinis berkata, mungkin kumpulan ini tidak sedar sepatutnya kewibawaan penampilan mereka lebih layak menumpukan perhatian kepada bekas anggota ATM.

“Kenapa perlu bersuara dengan isu kuil tetapi senyap bila isu LTTE? Membela penceroboh sama seperti bersetuju dengan perbuatan mereka melanggar undang-undang.

“Apakah bekas-bekas penjawat awam ini bersetuju rakyat melanggar undang-undang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Komunikasi dan Multimedia Pertubuhan Pembela-Pembela Islam Malaysia (PEMBELA) berkata, tindakan pihak berkuasa meroboh premis-premis haram tanpa mengira bulu amat dialu-alukan, tidak kira sama ada dari ‘orang parti’ atau pun orang awam.

“Tiada siapa yang kebal daripada tindakan undang-undang hatta sekali pun premis terlibat ada kena mengena dengan orang menteri sekali pun.

“MUAFAKAT bersetuju dengan tindakan penguatkuasa merobohkan apa-apa bangunan yang didirikan secara haram di atas tanah kerajaan, tidak kira bangunan apa sekali pun.

“Begitu juga dengan penceroboh tanah kerajaan secara haram, dan mereka ini semua mesti dihukum dengan peruntukan yang sedia ada sebagai tauladan kepada yang lain agar jangan bermudah-mudah mendirikan atau menceroboh tanah kerajaan sesuka hati,” tegasnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button