Berita Utama

WIBAWA turun padang agih 3,000 pelitup muka sekitar ibu negara

Tanda komitmen mahasiswa, NGO galak orang awam patuhi SOP

BANGI, 26 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Kelab Mahasiswa BERJASA (WIBAWA) mengagihkan sebanyak 3,000 pelitup muka kepada orang awam di sekitar ibu negara, hari ini. 

Pengagihan itu adalah antara inisiatif WIBAWA bersama Pertubuhan Amal Kebajikan Ukhwah Anak Malaysia (PAKUAM) bagi memastikan masyarakat cakna dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). 

Pengarah program, Ahmad Muntasir berkata, ia juga adalah inisiatif mahasiswa kepada masyarakat dalam suasana negara yang masih belum pulih dengan gelombang ketiga COVID-19. 

“Kita menyasarkan edaran ini kepada setiap warga kota di sini untuk memastikan mereka mematuhi SOP Kementerian Kesihatan (KKM) dengan sentiasa memakai pelitup muka.

“Usaha ini adalah sebagai satu tanda komitmen mahasiswa dan NGO tempatan membantu kerajaan untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia,” katanya. 

Beliau berkata, usaha seumpama itu akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa dengan lebih ramai penglibatan daripada kalangan mahasiswa.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button