Berita Utama

MP Kimanis nafi beri sokongan kepada Anwar

Sangkal dakwaan 'sebahagian' dari wakil rakyat UMNO yang tandatangan SD

KOTA KINABALU, 27 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menyangkal dakwaan bahawa beliau ‘sebahagian’ daripada wakil rakyat UMNO, yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamad berkata, perkara tersebut (akuan bersumpah) adalah tidak benar sama sekali, dan sebagai seorang peguam beliau faham akan kesan dan niat sesuatu SD itu dibuat.

“Saya ingin menyatakan seperti berikut, bahawa saya menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan media, di sini malam ini.

Penafian itu dibuat berikutan laporan sebuah televisyen swasta hari ini mendakwa Presiden PKR itu telah meraih SD, dalam kalangan ahli parlimen termasuk 10 daripadanya adalah dari UMNO.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, turut menyangkal dakwaan yang sama. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button