Berita UtamaDunia

Palestin bakal terima vaksin COVID-19 dari Russia

4 juta dos Sputnik V akan diberi kepada rakyat awal tahun depan

RAMALLAH, 27 Rabiulakhir 1442H, Ahad  – Palestin dijangka menerima empat juta dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Russia dalam masa terdekat.

Pegawai di Kementerian Kesihatan Palestin, Osama Najjar ketika bercakap di radio Voice of Palestin berkata, vaksin itu, Sputnik V dijangka akan tiba pada akhir tahun ini dan awal tahun depan untuk diberi kepada rakyat negara itu.

Menteri Kesihatan Mai Alkaila ketika bercakap di TV Palestin pagi semalam mengesahkan bahawa vaksin itu akan tiba di negara itu pada awal tahun depan.

Beliau berkata, Palestin akan berhubung dengan syarikat Russia, Moderna dan AstraZeneca mengenai pembelian vaksin itu.

Katanya, pihaknya menolak untuk mendapatkan Pfizer disebabkan vaksin berkenaan perlu disimpan di dalam peti sejuk pada suhu bawah 80 darjah celsius.

Bagaimanapun, katanya, Palestin hanya memilki sebuah peti sejuk yang mempunyai suhu berkenaan.

Pada masa sama, beliau berkata, syarikat COVEX yang membantu negara-negara miskin akan menanggung 20 peratus daripada kos vaksin untuk penduduk Palestin. 

Sementara, kerajaan pula akan membiaya 50 peratus daripada kos itu untuk penduduk di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button