Uncategorized

Pelacuran, judi, arak undang bala Allah

Tiada agama benarkan amalan bobrok musnahkan sistem kehidupan manusia

BANGI, 27 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Pelacuran, perjudian, arak dan gangsterisme antara kegiatan yang berkait rapat – mampu merosakkan sistem kehidupan manusia.

Hakikatnya, tiada agama dan tiada budaya yang menyukai dan mengharuskan amalan bobrok ini, kata Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Katanya, mereka yang terlibat sebagai pemilik, pelanggan, orang tengah, penguat kuasa agensi dan pemimpin yang meluluskan turut terlibat sama dengan kerosakan dan dosa besar ini.

“Paling besar, mereka bertanggungjawab kepada negara dan tuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk laporan media mengenai industri yang merosakkan sumber manusia termasuk hub pelacuran.

Memetik Utusan Malaysia, caj khidmat persundalan setiap wanita berbeza mengikut negara, fizikal dan permintaan.

Mengikut sumber, trend terkini ialah wanita Russia dan Uzbekistan paling mahal dan aktiviti mereka banyak berlaku di hotel dengan membabitkan pelanggan mewah.

Menyifatkan aktiviti berkenaan mengundang bala, pengguna Facebook, Radzi Aisyah berkata, pusat-pusat bandar seluruh dunia, tidak kira lah negara kafir atau Islam sudah lama mengundang murka dari Allah.

“Maka tidak hairanlah jika di setiap pelusuk dunia malapetaka datang silih berganti,” katanya.

“Selagi Ada tawaran dan permintaan, perkara ini tidak akan berkesudahan. Pencerahan dengan hukuman paling berat mungkin dapat mencegah dan mengurangkan ke sifar,” kata Muhammad Nor Abdullah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button