Berita Utama

Polis tak terima laporan Dr Zakir Naik terbabit serangan pengganas

Rekod PDRM tangani ancaman pengganas terbukti baik: KPN

KUALA LUMPUR, 27 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kes penceramah kontroversi Dr Zakir Naik, yang dikatakan terbabit dalam rancangan serangan pengganas di India.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM amat mengalukan-alukan sebarang perkongsian maklumat berhubung perkara berkenaan.

“Setakat ini, PDRM belum menerima apa-apa laporan rasmi (Dr Zakir Naik terbabit serangan pengganas di India) dan pihak saya sentiasa memantau sebarang perkembangan mengenai pengganas.

“Selama ini, PDRM sering mendapat kerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang dari negara luar yang lain, dalam usaha menangani isu-isu keselamatan negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Hamid berkata, rekod PDRM dalam usaha menangani apa jua bentuk ancaman pengganas adalah terbukti baik.

Hari ini, dalam satu laporan media antarabangsa mengatakan badan perisikan negara itu diketahui telah memintas transaksi kewangan penting yang dikaitkan dengan pendakwah berkenaan, selain turut didakwa mengatur serangan yang mungkin dilakukan di sebuah bandar di sana (India).

Laporan itu juga menyebut serangan mungkin akan dilakukan satu kumpulan yang diketuai seorang wanita, pada beberapa minggu akan datang. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button