Berita UtamaDunia

Rakyat AS mula terima vaksin COVID-19 esok

Dijangka 145 tempat terima vaksin pada Isnin, 425 lagi pada Selasa

WASHINGTON, 27 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Rakyat Amerika Syarikat (AS) akan menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BionTech mulai Isnin.

Pegawai yang menguruskan operasi agihan vaksin, Jeneral Gus Perna berkata, dos pertama akan dihantar hari ini.

Beliau berkata, pihaknya 100 peratus meyakini bahawa vaksin itu akan dapat diagihkan kepada rakyat negara itu mulai pagi esok.

“Kami menjangkakan 145 tempat di seluruh negara akan menerima vaksin pada Isnin, 425 tempat lagi pada Selasa. Baki 66 tepat pada Rabu, sekali gus melengkapkan penghantaran awal vaksin Pfizer-BioNTech,” katanya kepada pemberita.

Seramai tiga juta rakyat AS dijangka menerima vaksin untuk pusingan pertama.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan persekutuan AS menyarankan petugas kesihatan dan penghuni rumah penjagaan diberi keutamaan menerima vaksin itu.

Bagaimanapun, perkara itu akan diputuskan setiap negeri.

AS menjadi negara keenam memberi lampu hijau kepada vaksin Pfizer pada Jumaat lalu, yang memiliki 95 peratus keberkesanan untuk menghalang jangkitan COVID-19.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS bagaimanapun, menasihatkan individu yang mempunyai alahan teruk pada bahan dalam vaksin itu supaya tidak mendapatkan imunisasi berkenaan buat masa ini. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button