Pendapat

Usaha laga-lagakan sesama Islam mirip tugas syaitan

Perpecahan bahayakan kepentingan Islam yang sekian lama terpelihara

UMAT Islam di negara ini sepatutnya gembira apabila ada usaha penyatuan ummah.

Perbuatan terus melaga-lagakan umat Islam dan berasa tidak tenteram dengan usaha menyatu padukan itu, khususnya di negara ini mirip sasaran kerja syaitan yang mengikrarkan untuk terus melihat orang beriman bercerai-berai.

Mereka sanggup menggunakan apa cara sekali pun semata-mata mencapai hasrat keji itu.

Mafhum Firman Allah SWT: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak serta judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat.

Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”
(Al-Quran Surah Al-Maidah: 91)

Perpaduan umat Islam sangat penting kerana ia tulang belakang kepada negara ini dan perpecahan akan membahayakan kepentingan Islam yang sekian lama terpelihara.

Datuk Haji Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak
Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button