Berita UtamaDunia

Krisis COVID-19 di Pakistan meruncing, rakyat sertai protes pembangkang

Pembangkang tuntut Imran Khan berundur, adakan pilihan raya segera

LAHORE, 28 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Protes pembangkang mendapat momentum di Pakistan apabila puluhan ribu orang awam menentang sekatan coronavirus bagi menuntut Perdana Menteri, Imran Khan berundur dan memperbaharui kritikan atas peranan tentera dalam politik.

Sekutu daripada 11 parti pembangkang utama – Gerakan Demokratik Pakistan (PDM) – telah mengadakan perhimpunan besar-besaran sejak penubuhannya pada September lalu untuk memberi tekanan kepada kerajaan Imran dan menggesa tentera berhenti campur tangan dalam politik.

“Masa untuk berdialog sudah berakhir. Akan ada perarakan sekarang,” kata pemimpin pembangkang, Bilawal Bhutto Zardari yang juga anak bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto.

Beliau menolak kemungkinan adanya dialog dengan Imran atau tentera kecuali pilihan raya baharu diumumkan.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan berkata, kempen tunjuk perasaan itu bertujuan memeras ugut beliau untuk menghentikan kes rasuah terhadap pemimpinnya
mengkritik perhimpunan di tengah-tengah wabak coronavirus.

Kempen tunjuk perasaan itu berlaku ketika ekonomi negara berdepan dengan inflasi dan pertumbuhan negatif yang tinggi – pembangkang menyalahkan Imran dan tentera berhubung perkara itu.

Pembangkang mengadakan enam himpunan besar-besaran sejak beberapa bulan lalu berkata, pihaknya merancang untuk menekan kerajaan mengadakan pilihan raya baharu.

Pilihan raya seterusnya dijadualkan pada 2023.

Pakistan ketika ini melaporkan 72 kematian coronavirus dan 3,369 jangkitan dalam 24 jam terakhir – jumlah tertinggi sejak Jun lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button