Artikel KhasPendapat

Melayu adalah bangsa pemimpin

Sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka bukti bangsa ini mampu memimpin

MELAYU adalah bangsa pemimpin

Sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka membuktikan bangsa ini mampu memimpin sebahagian dunia dengan sangat produktif dan berdaya saing mengikut lunas-lunas yang ditetapkan Islam.

Cukup jika kita melihat kepada satu aspek mudah iaitu Bahasa Melayu bagi membuktikan hakikat ini. Terhadap pelbagai peribahasa Melayu yang berorentasikan kepimpinan dan kerjasama pasukan, antaranya:

1) Sekali air gedang, sekali tepian beranjak (Bermaksud apabila pemimpin berganti, kebiasaannya dasar dan polisi akan turut berubah);

2) Enau sebatang, dua sigainya (Bermaksud satu kerja yang dipimpin oleh dua orang ketua);

3) Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara;

4) Rajin usaha tangga kejayaan;

5) Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan;

6) Kepimpinan melalui teladan;

7) Guru kencing berdiri, murid kencing berlari;

8) Bagai aur dengan tebing;

9) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni;

10) Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah;

11) Terendam sama basah, terampai sama kering;

12) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Ir Ts Lukman Al Hakim

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button