Berita Utama

COVID-19 di AS kini ragut 300,000 nyawa

Jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara itu cecah 16.3 juta

NEW YORK, 29 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Amerika Syarikat (AS) melalui episod mengerikan apabila jumlah korban COVID-19 mencatatkan seramai 300,267 orang pada Isnin, dengan keseluruhan jangkitan kes sebanyak 16.3 juta, memetik data Johns Hopkins University lapor agensi berita Xinhua.

New York melaporkan 35,643 kematian, kekal negeri paling banyak mencatatkan korban diikuti Texas 24,414.

California, Florida dan New Jersey pula merekodkan lebih 17,000 kematian.

Negeri yang melaporkan korban melebihi 10,000 termasuk Illinois, Pennsylvania, Massachusetts, Michigan dan Georgia.

AS diramalkan akan mencatatkan jumlah korban seramai 502,256 orang menjelang 1 April 2021, berdasarkan unjuran semasa. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button