Dunia

Lelaki tikam bilal masjid London dipenjara lebih 11 tahun

PM Britain sifat insiden pada Februari sebagai peristiwa ngeri

LONDON, 29 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Seorang lelaki yang bertindak menikam dan mencederakan bilal masjid London pada Februari lalu dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada 11 tahun, semalam. 

“Daniel Horton, 30, tanpa alamat tetap dijatuhkann hukuman penjara 11 tahun tiga bulan mulai hari ini, Isnin 14 Disember,” menurut Polis Metropolitan dalam satu kenyataan.

Horton mengaku bersalah menikam leher Raafat Maglad ketika sedang solat di Masjid Pusat London, dekat Reagants Park sehingga menyebabkan bilal masjid itu cedera parah. 

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyifatkan insiden itu sebagai peristiwa yang mengerikan. 

“Ini adalah kejadian mengerikan sehingga ia boleh berlaku, apatah lagi di tempat ibadah. Saya hanya memikirkan mangsa dan mereka yang terjejas,” tulisnya di Twitter. 

Sementara itu, pegawai penyiasat dari Central West, Daniel Jones berkata, tindakan Horton itu adalah serangan kejam di tempat beribadah, di mana tempat yang sepatutnya selamat bagi mangsa. 

“Horton masih berani untuk tersenyum ketika dia melihat gambar-gambar mangsa cedera, tanpa menunjukkan rasa penyesalan di atas tindakan keji itu.

“Saya gembira Horton akhirnya dipenjara. Saya ingin berterima kasih pada jemaah masjid yang membantu menangkap Horton dan juga mangsa di atas keberanian serta kerjasama sepanjang penyiasatan,” kata Jones. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button