Berita Utama

Prof Diraja Ungku Abdul Aziz meninggal dunia

Menghembus nafas terakhir kira-kira 4 petang tadi

KUALA LUMPUR, 29 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Tokoh akademik Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, 98, meninggal dunia di sini, kira-kira 4 petang tadi.

Jurucakap Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkata perkara itu disahkan isterinya yang juga bekas Naib Yang Dipertua Angkasa Rahaiah Baheran.

“Dukacita dimaklumkan, saya telah mendapat maklumat daripada isterinya iaitu bekas Naib Yang Dipertua Angkasa Rahaiah Baheran bahawa Prof Diraja Ungku Abdul Aziz telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 petang tadi.

“Marilah kita bersama-sama membacakan surah al-Fatihah agar rohnya dicucuri rahmat,” kata jurucakap itu ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Jan 1922 adalah bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar yang kini merupakan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button