Berita Utama

Jenayah seksual di tahap kritikal, kekang iklan berunsur lucah!

'Dirty thoughts' boleh kepada perlakuan seksual pelbagai bentuk

BANGI, 1 Jamadilawal 1442H – Semua pihak diminta lebih peka dengan keadaan persekitaran, dalam usaha mengekang jenayah seksual yang berada di tahap kritikal ketika ini.

Ia termasuk iklan di papan tanda jalanan yang berbaur kelucahan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung – yang sangat tidak sesuai untuk tatapan masyarakat.

Serentak itu, Ketua Wanita gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Alor Gajah, Dr Siti Nurhayati Adznan meminta pihak berkuasa bersikap proaktif untuk menegur syarikat-syarikat yang dalam cubaan menyajikan iklan lucah jalanan.

Katanya, di sebalik mereka yang benar-benar berniat mahu memesongkan masyarakat, terdapat juga segelintir yang terkhilaf dalam keghairahan mengejar tular atau keuntungan.

“Sudah-sudahlah kita menghadap iklan lucah, anak-anak kita pun mahu dihadapkan dengan persoalan-persoalan ganjil yang singgah di kotak pemikiran mereka ketika berada di atas jalan kah?

“Dan saya bukan hanya bercakap mengenai kanak-kanak sahaja. Bagaimana pula dengan remaja kita? Anak-anak awal dewasa? Yang memang umurnya mengenai menahan gelojak nafsu? Bukankah mereka golongan yang ‘vulnerable’?

“Setiap ‘dirty thoughts’ yang lahir dari melihat iklan-iklan sebegini, boleh membawa kepada perlakuan seksual dalam berbagai bentuk. Dari onani atau masturbasi kepada jenayah seksual. Tidakkah kita berasa bertanggungjawab?,” soalnya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa anak-anak bukan sekadar memerlukan ibu bapa yang baik bahkan mereka juga memerlukan persekitaran yang baik untuk membesar dengan sihat.

Justeru adalah tanggungjawab semua pihak menyediakan keperluan itu untuk setiap anak dalam masyarakat.

“The lost generation bukan sekadar mengenai buta huruf ia juga mengenai kehilangan sebuah generasi akibat kebejatan akhlak.

“Bukan sedikit air mata yang tumpah akibat penyesalan.

“Jom kita wahai ibu bapa, kita bersihkan laman awam kita dari iklan hyperseksual yang boleh menganggu tumbesaran anak,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button