Dunia

Maghribi negara Arab keempat jalin hubungan dengan Israel

Delegasi AS-Tel Aviv adakan lawatan ke Rabat minggu depan

WASHINGTON, 1 Jamadilawal 1442H, Rabu – Delegasi Amerika Syarikat (AS)-Israel dilaporkan akan membuat lawatan ke Maghribi minggu depan, bagi membincangkan semula hubungan diplomatik negara haram dengan kerajaan negara itu.

Lawatan delegasi ke negara Afrika utara pada Selasa depan itu menandakan penerbangan pertama dari Tel Aviv ke Rabat, lapor Axios. 

Perbincangan itu diadakan dalam tempoh lebih seminggu setelah Donald Trump mengatakan AS mengiktiraf kedaulatan Maghribi yang dipertikaikan. 

Pengakuan kontroversi Trump itu dibuat sebagai pertukaran Rabat membuka hubungan diplomatiknya dengan Israel, negara Arab keempat yang ‘tunduk’ di bawah rancangan AS. 

Menurut Axios, perubahan jadual penerbangan dan perbincangan itu dibuat sebelum Trump meninggalkan pejabatnya pada 20 Januari nanti setelah kalah dalam pilihan raya Presiden pada Novenber lalu.

Difahamkan, menantu Trump, Jared Kushner akan mengetuai delegasi AS dan menemani penasihat keselamatan Israel, Meir Ben Shabbat.

Sebelum ini, Israel telah menandatangani perjanjian normalisasi yang dibiayai AS dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan. 

Namun, kesepakatan normalisasi telah menimbulkan kecaman yang meluas daripada rakyat Palestin yang memperjuangkan kebebasan negaranya di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button