Berita Utama

Pemimpin Melayu mesti berani, amanah, jangan terus diperbodohkan

Apa masalahnya tiada EXCO Cina, India? Semua bangsa boleh saja jumpa mana-mana EXCO adu masalah

BANGI, 1 Jamadilawal 1442H – Ketiadaan wakil kaum Cina dan India dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kerajaan negeri Perak disambut baik oleh netizen.

Rata-rata pengguna sosial berpandangan, meskipun sepuluh EXCO berkenaan terdiri daripada bangsa Melayu, namun mereka bekerja untuk semua pihak tanpa mengira warna kulit dan agama.

Meskipun menyifatkan pelantikan itu sebagai langkah terbaik, netizen dikenali sebagai Usup bagaimanapun mengingatkan semua wakil rakyat berkenaan supaya sentiasa istiqamah dalam perjuangan dan jangan sesekali jadi pengkhianat.

“Pemimpin Melayu Bumiputera mesti berani, tegas, amanah dalam semua tugas dan tindakan. Zaman tolak ansur dah berlalu. Jangan kita terus diperbodohkan,” demikian pula kata Saed Ramli.

Teka teki mengenai komposisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) Perak terjawab selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan semalam.

Lima ADUN berkenaan juga merupakan EXCO di bawah pentadbiran sebelum ini iaitu Datuk Abdul Yunus Jamahri (Bersatu-Kuala Kurau), Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Bersatu-Tualang Sekah), Razman Zakaria (PAS-Gunung Semanggol), Mohd Akmal Kamaruddin (PAS-Selama) dan Ahmad Saidi Mohamad Daud (BN-Changkat Jering).

Bagaimanapun netizen Cina dikenali sebagai Chen Ted Choi menganggap, situasi itu bukan sesuatu yang baharu dan sudah pernah terjadi di mana dia menganggap kaumnya ditindas.

“Ada tiada orang Cina menjadi EXCO tidak mengapa, perkara dah lama dah biasa dah. Orang Cina adalah kaum yang kuat bekerja dan rajin, setiap hari melalui hari-hari yang sukar.

“Manusia menindas tapi takdir tidak menindas, perhatikan si ketam dengan tenang, berapa lamakah ia dapat berjalan lurus!,” katanya.

Mohd Akhir yang dipercayai membidas kritikan berkenaan mempersoalkan sama ada terdapat masalah berhubung pelantikan itu.

“Apa masalahnya tiada EXCO Cina dan India? Semua bangsa boleh saja jumpa mana-mana EXCO untuk mengadu masalah,” katanya.

Dinar Russ pula secara sinis berkata, ketiadaan wakil suara Cina dan India dalam kerajaan negeri sekalipun, suara mereka di mana-mana dan agresif dalam semua perkara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button