Deposit wang simpanan ke akaun TH kini dalam talian
Urusan deposit wang di kaunter cawangan pos ditamatkan mulai 2 Januari

BANGI, 2 Jamadilawal 1442H, Khamis – Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Pos Malaysia telah menaik taraf perkhidmatan deposit wang simpanan ke akaun TH secara dalam talian melalui Pos Online di www.posonline.com.my.
TH berkata, langkah itu sejajar dengan usaha TH dan Pos Malaysia dalam meningkatkan perkhidmatan secara digital yang lebih mudah dan berkesan.
Selain itu, ia juga dapat memastikan pelaksanaan usaha wajar pelanggan (CCD) dipenuhi sepenuhnya.
“Sehubungan itu, mulai 2 Januari 2021, urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter Cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919, faks: 03-77284959 atau e-mel di [email protected]