Berita UtamaIstimewa

Kebun haram: Mungkinkah tanah milik Melayu akan dirampas?

Mustahil kegiatan bertahan puluhan tahun tanpa pihak melindungi

KUANTAN, 2 Jamadilawal 1442H, Khamis – Kerajaan negeri Pahang dilihat seolah-olah mengambil mudah apabila kes pencerobohan tanah kerajaan negeri oleh pekebun durian yang sepatutnya diketahui keputusannya pada 9 Disember lalu, ditangguh ke 23 Disember ini.

Pertubuhan Pembela-Pembela Islam Malaysia (PEMBELA) berkata, himpunan solidariti yang dirancang untuk mendengar keputusan pencerobohan 9 Disember lalu, berakhir dengan hiba apabila ia ditangguhkan.

“Terkilan dan sedih dengan perjuangan untuk membela nasib orang Melayu. Keputusan kes pencerobohan tanah Raub ditangguh kali kedua!

“Kononnya, pada saat akhir ada afidavit baharu dikemukakan pihak plaintif. Kes tertangguh dan keputusan baru bakal menyusul 23 Disember 2020. 

“Berapa lama lagi kes ini akan dilengahkan, kita saksikan nanti! Apa pula yang akan datang lagi?,” kata PEMBELA dalam tulisan di laman Facebook, hari ini.

Pada masa sama, PEMBELA berkata, adalah mustahil kegiatan haram ini bertahan puluhan tahun, jika tidak ada pihak yang melindungi mereka.

“Jika kes ini tidak diselesaikan, maka besar kemungkinan tanah milik orang Melayu dirampas.

“Sedangkan untuk memohon pun payah, senang-senang sahaja boleh terlepas ke tangan yang lain!,” tegasnya.

9 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan menetapkan tarikh 23 Disember untuk keputusan kes pekebun durian Musang King yang menceroboh tanah milik kerajaan negeri.

Penangguhan itu dibuat Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz bagi memberi laluan kepada kedua-dua pihak responden yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Noor Fadzila Ishak dan plaintif yang diwakili peguam, Siew Choon Jern dan Brendan Siva menyelesaikan pengurusan kes.

Menurutnya, mahkamah juga perlu meneliti afidavit baharu yang dikemukakan pihak plaintif pada minggu lepas untuk mengguna pakai keputusan yang sama terhadap satu lagi permohonan sama yang difailkan 94 lagi pekebun.

Ini menjadikan keseluruhan sebanyak 204 pekebun memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap enam responden iaitu Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Jabatan Perhutanan, kerajaan Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang, Royal Pahang Resources PKPP Sdn Bhd dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button