Pendapat

Normalisasi Israel antara al haq dan batil

Berpegang teguh dengan kebenaran hingga kita dipanggil Tuhan

NORMALISASI Israel adalah sebuah pertembungan di antara al haq dan batil.

Ia adalah sebuah pertembungan di antara kebenaran al Quran dan Talmud, kitab syaitan Yahudi.

1- Masjid al Aqsa di Baitul Maqdis adalah kiblat pertama umat Islam

2- Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke-2 didirikan di muka bumi

3- Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke-3 suci di sisi Allah swt

4- Baitul Maqdis, ibu negara Palestin adalah tempat persinggahan Rasulullah dalam peristiwa Israk sebelum Baginda di’Mikraj’kan ke langit

5- Inilah bumi ribaat yang telah menyaksikan ratusan ribu umat Islam yang terkorban bagi mempertahankan bumi wakaf milik umat sejagat.

Normalisasi Israel bererti mengiktiraf penjajahan regim zionis Israel ke atas Palestin, tanah wakaf milik umat Islam sejagat sejak 15 Mei 1948 serta pemerkosaan terhadap Masjid al Aqsa, kiblat umat Islam yang pertama.

Yang benar, tetap benar dan yang batil tetap batil. Berpegang teguhlah dengan kebenaran sehingga kita dipanggil Tuhan.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Naib Presiden ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button