Yayasan Maghfirah, ISMA rayu sumbangan untuk mangsa banjir
Lebih 3,000 mangsa hilang pendapatan akibat banjir, COVID-19

BANGI, 2 Jamadilawal 1442H, Khamis – Yayasan Maghfirah dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merayu ihsan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di pantai timur.
Ketika ini, lebih 3,000 mangsa terdiri daripada nelayan, petani, peladang, peniaga tepi jalan dan masyarakat B40 yang terjejas akibat banjir.
ISMA dalam satu kenyataan berkata, pendapatan golongan berkenaan turut terjejas sejak wabak pandemik COVID-19 melanda tahun ini.
Justeru, dengan sasaran RM100,000 untuk dua bulan, Yayasan Maghfirah dan ISMA akan membeli kelengkapan keperluan asas dan barangan dapur untuk disalurkan kepada isi rumah yang terjejas.
“Anda boleh menaja seberapa banyak pek yang diinginkan pada nombor akaun Yayasan Maghfirah, Maybank 562263552802, CIMB 8603221427 dengan letak rujukan ‘Tabung Banjir’.
“Atau sumbangan gandaan RM50 lebih mudah menerusi pautan https://www.billplz.com/TabungBanjir,” katanya.