Tarbiyah

Ibadat perlu kerangka minda tepat

Solat ringankan beban serta zakat, sedekah mencambahkan harta

SYAHADAH tidak berat, tapi syahadahlah yang menyebabkan amalan menjadi berat.

Solat bukan beban, tapi solatlah yang meringankan beban.

Puasa bukan penghapus tenaga, sebaliknya puasa menjadikan kita kuat dan cerdas minda.

Zakat dan sedekah tidak mengurangkan harta, malah zakat dan sedekahlah yang mencambahkannya.

Ibadah haji bukan menjauhkan kita dari yang tersayang (ahli keluarga yang ditinggalkan), malah membawa kita menyahut seruan yang paling penyayang (Allah SWT).

Sungguh, segala ibadat perlukan kerangka minda yang tepat supaya kita konsisten, tidak malas dan sentiasa bersemangat!

#tazkirahjumaat

Ir. Ts. Lukman Al Hakim

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button