Artikel KhasIstimewa

Kes Adib: Bila kita ‘follow up’, ada pihak melenting

Agama, bangsa diperalatkan sehingga jadi fitnah kepada umat

ADIB, mungkin jasadmu sudah tiada tapi semangat perjuanganmu akan terus umat ini kibarkan…

Melihat apa yang berlaku kepada bangsa dan agama Islam hari ini, tidak ada kata-kata yang dapat digambarkan melainkan bahawa pemimpin-pemimpin politik Melayu Muslim yang ada, tidak mempunyai apa-apa agenda dalam perjuangan mereka. Apatah lagi dalam membela umat ini.

Kalau ada pun, itu hanyalah sekadar lintasan-lintasan dalam hati tetapi tidak berani dizahirkan. Kalau kita tanya mereka, pasti mereka akan melenting dan mendakwa kita membuat fitnah dan tuduhan melulu serta dilabel dengan pelbagai gelaran dan nama.

Kalau hendak disenaraikan isu-isu yang membebani orang Melayu, pasti ianya tidak cukup ruang hendak ditulis. Begitu banyak dan besar tetapi tidak ada apa-apa yang mampu dibuat. Kalau ada pun yang ikhlas mahu memperjuangkan bangsa Melayu maka mereka akan diperlekehkan dan dipermain-mainkan. 

Mereka akan diugut dan ditekan sehingga mereka sukar untuk bergerak dan bersuara. Maaf saya katakan, tidak keterlaluan kalau saya istilahkan mereka ini hanyalah ibarat ‘sampah-sampah di jalanan’. Mereka ibarat ranting-ranting yang sudah berulat dan reput dan tidak mungkin umat dapat berpaut untuk menyelamatkan diri. 

Mungkin memang layaklah bangsa ini dihina, dikeji dan diperkotak-katikkan sebegini rupa kerana pemimpin yang sudah nanar pemikirannya. Agama dan bangsa diperalatkan sehingga agama dan bangsa itu sendiri menjadi fitnah kepada umat dan menjadi bahan ketawa kepada musuh. 

Ada juga antara mereka ini hanyalah pemuka kepada pihak lain kerana hakikatnya hidup mereka berada dalam kocek-kocek tauke Cina yang kaya-raya. Mereka bercakap apa yang yang disuruh bukan apa yang sepatutnya; kebenaran. Sama ada di pihak kiri mahupun di pihak kanan, tidak ada bezanya kerana nilai mereka hanyalah sepuluh sen.

Mungkin mereka menyangka bahawa mereka akan ada di puncak kuasa sepanjang masa seumur hayat mereka. Walhal satu hari nanti mereka akan turun juga dan pada ketika itu barulah mereka akan berlumba-lumba ke masjid dan tersengih-sengih berjumpa rakyat. 

Hidup akan terasa kosong dan mula mencari kebahagiaan di atas sejadah. Duit rakyat yang dicuri entah ke mana dan akan terus dicuri.

Genap dua tahun Adib meninggalkan kita. Setiap hari keluarganya merintih meraih simpati tetapi apakan daya. Kita rakyat marhaen ini hanya mampu membantu apa yang termampu sahaja. 

Al-Fatihah buat Allahyarham Adib.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Aminuddin Yahaya

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button