Berita Utama

Yayasan Ikhlas serah 1,500 set PPE kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

Set PPE bernilai RM60,000 hasil sumbangan ON Semiconductor

BANGI, 3 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Pertubuhan peduli dan prihatin, Yayasan Ikhlas hari ini menyerahkan 1,500 set peralatan perlindungan diri (PPE) ke Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Set PPE bernilai RM60,000 itu adalah hasil sumbangan ON Semiconductor kepada Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (i-Medik). 

Penyerahan PPE itu diterima Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datin Dr Harlina Abdul Rashid bertempat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. 

Turut hadir dalam majlis penyerahan itu adalah Timbalan Pengarah (Bahagian Farmasi) Akmalyatun Kamal Kamaruddin, Naib Presiden Manufacturing Operations, ON Semiconductor Jose Hernandez Lopez, serta Naib Presiden Manufacturing Seremban ISMF Doug Keitz. 

Menurut Yayasan Ikhlas, daerah Seremban masih mencatatkan jumlah kes jangkitan COVID-19 yang tinggi. 

“Yayasan Ikhlas sebelum ini telah menyerahkan lebih 300,000 set PPE bernilai RM1.5 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sejak pandemik COVID-19, terutamanya ke negeri Sabah, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Bersama-sama kita berusaha mematuhi SOP (Prosedur Operasi Standard) dan menghentikan rantaian kes COVID-19,” katanya. 

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun Maybank Yayasan Ikhlas 5628 3463 6228 atau layari www.yayasanikhlas.org.my

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button