Berita Utama

Jenazah Tun Rahah disemadikan di Makam Pahlawan

Solat jenazah, tahlil, bacaan talkin dipimpin Imam Besar Masjid Negara

KUALA LUMPUR, 4 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, balu kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein selamat disemadikan dan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, kira-kira 3.30 petang ini.

Jenazah Tun Rahah, 87, disemadikan bersebelahan pusara kakaknya, Tun Suhailah Mohamed Noah, balu kepada Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn, yang meninggal dunia pada 4 Oktober 2014.

Solat jenazah, tahlil serta bacaan talkin dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Husni.

Allahyarhamah merupakan ibu kepada Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib Tun Razak.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah bersama-sama anggota keluarga Allahyarhamah menyaksikan perjalanan terakhir Tun Rahah. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button