Dunia

Cegah COVID-19 bermutasi, Belanda sekat penerbangan dari UK

Virus dikatakan lebih cepat dan mudah merebak, sukar dikesan

THE HAGUE, 5 Jamadilawal 1442H, Ahad – Bimbang wabak COVID-19 masih merebak di peringkat global, Belanda memutuskan untuk menyekat semua penumpang pesawat dari Britain bermula hari ini sehingga 1 Januari.

Keputusan itu dibuat selepas menerima maklumat baharu COVID-19 mengatakan menular di United Kingdom (UK) ketika ini.

Kementerian Kesihatan Belanda dalam satu kenyataan mengesahkan jangkitan bermutasi COVID-19 sedang menular di UK.

“Virus itu dikatakan lebih cepat dan mudah merebak serta sukar dikesan,” kata jurucakapnya.

Kementerian Kesihatan juga memberitahu, kajian kes di Belanda pada awal Disember mendapati virus dengan pelbagai varian dikesan dari UK.

Pakar sedang mengkaji bagaimana jangkitan berkenaan boleh berlaku sama ada membabitkan kes yang dilaporkan sebelum ini.

Serentak itu, badan kesihatan awam Belanda mencadangkan sebarang kemunculan strain virus baharu dari UK perlu disekat sepenuhnya dengan mengawal kemasukan penumpang pesawat.

Sebelum ini, Belanda mengumumkan perintah berkurung sehingga pertengahan Januari, dengan menyaksikan sekolah dan kedai bukan keperluan penting ditutup untuk membendung penularan COVID-19. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button