Berita Utama

‘Terima kasih SPR larang guna telefon bimbit’

Cara elak parti menyogok selepas buang undi

BANGI, 15 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Tun Dr Mahathir Mohamad merakamkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersetuju dengan cadangannya supaya tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit dalam tempat mengundi pada 19 November ini.

“Saya ucap terima kasih kepada SPR kerana terima cadangan larang bawa telefon bimbit semasa mengundi.

“Ini satu cara elak parti menyogok selepas buang undi dan pertahan prinsip undi adalah rahsia,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Baru-baru ini, SPR menerusi maklumat grafik yang dikeluarkan memaklumkan penggunaan telefon bimbit di dalam tempat mengundi tidak dibenarkan pada PRU15.

Maklumat grafik yang dikongsi dan dimuat naik dalam platform sosial media SPR, menggariskan 10 langkah utama yang perlu dipatuhi ketika mengundi pada 19 November ini.

Langkah keenam dalam maklumat grafik itu menunjukkan bahawa telefon bimbit tidak dibenarkan, di mana pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai bertugas apabila mengambil kertas undi.

Selepas mengundi, pengundi akan kembali kepada petugas berkenaan untuk mengambil kembali telefon bimbit mereka ketika keluar dari tempat mengundi.

Berita berkaitan;
https://ismaweb.net/2022/10/20/tun-m-saran-larang-bawa-telefon-bimbit-waktu-mengundi/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button