Berita Utama

ISMA ucap tahniah kepada jaguh basikal negara

Azizulhasni menang emas di Australia, Shah rangkul pingkat gangsa

BANGI, 5 Jamadilawal 1442H, Ahad – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin mengucapkan tahniah dan syabas kepada dua jaguh berbasikal trek negara apabila meraih kemenangan dalam Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2020 di Brisbane, Australia hari ini.

Mohd Azizulhasni Awang mengharumkan nama negara dengan meraih pingat emas acara keirin lelaki dalam acara yang berlangsung di Anna Meares Velodrome, manakala rakan seperjuangan Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat gangsa.

“Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Azizulhasni yang telah menutup tirai 2020 dengan memenangi pingat emas di kejohanan antarabangsa di Australia.

“Lebih membanggakan lagi apabila seorang lagi pelumba negara, Mohamad Shah Firdaus Sahrom berjaya menduduki tempat ke-3,” kata Prof Zainur dalam hantaran di Facebook.

Menurut laman Facebook rasmi Malaysia Track Cycling, Mohd Azizulhasni dan Mohamad Shah turut beraksi dalam acara pecut individu tetapi kedua-duanya gagal meraih sebarang pingat.

Mohd Azizulhasni dan Mohamad Shah masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.

Kedua-dua mereka adalah antara anggota skuad elit kebangsaan yang kini berpangkalan di Melbourne, Australia.

Februari lepas, Mohd Azizulhasni meraih pingat gangsa acara keirin lelaki dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Jerman.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button