Berita Utama

Negara perlu ‘reset’ fungsi wakil rakyat

Gagal tafsir demokrasi punca rakyat hanya dirai 5 tahun sekali

BANGI, 5 Jamadilawal 1442H, Ahad – Anjakan paradigma untuk ‘reset’ mentaliti berkaitan fungsi wakil rakyat perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada mereka untuk benar-benar mewakili rakyat. 

Meskipun semua wakil rakyat meletakkan material sebagai agenda, namun itulah persepsi masyarakat kini yang mahukan pembaharuan inovatif berlaku di Malaysia.

Sekiranya, masih mengekalkan status quo sekarang, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mengakui khuatir Malaysia akan ketinggalan dalam pelbagai bidang, malah krisis-krisis yang sedang kita hadapi akan terus berlarutan.

“Maka, agenda reset Malaysia perlu diangkat, tidak lain tidak bukan demi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya menulis di Sinar Harian, hari ini. 

Zainul Rijal berkata, sistem demokrasi walaupun tidak disebut dalam Perlembagaan Persekutuan secara spesifik tetapi ia sudah diamalkan sejak sekian lama dan diterima pakai. 

Namun, mungkin kita gagal memaknai tafsiran demokrasi itu sendiri kerana terlalu berlebihan bergantung harap kepada ahli politik.

Justeru, ahli politik, pimpinan NGO, agamawan, pengundi, masyarakat dan semua warganegara perlu berjalan seiring dengan melaksanakan fungsi masing-masing agar dapat melipatgandakan kecemerlangan negara.

“Janganlah lagi ada wakil rakyat yang hanya merujuk kepada pengundi lima tahun sekali.

 “Jangan lagi ada pengundi mendiamkan diri membiarkan wakil rakyat mewakili kita dalam isu yang tidak kita

“Hubungi wakil rakyat anda untuk nyatakan pendirian anda. Itulah hak anda. Demokrasi bukan hanya lima tahun sekali tetapi ia mesti meresapi dalam kehidupan rakyat,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button