Dunia

Rakyat Qatar mulai terima vaksin Pfizer-BioNTech esok

Warga emas, pesakit kronik antara golongan sasar terima vaksin

DOHA, 5 Jamadilawal 1442H, Ahad – Qatar akan memulakan pemberian vaksinasi COVID-19 kepada kumpulan pertama di negara itu pada Isnin, kata Perdana Menteri, Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdulaziz Al Thani di Twitter. 

“Mengikut arahan Yang Mulia Emir, penerimaan vaksin COVID-19 pertama akan tiba esok, dan saya telah mengarahkan sektor kesihatan untuk memberikannya kepada kumpulan sasar pertama.

“Ini adalah langkah penting untuk mengatasi wabak dan secara beransur-ansur memulihkan kembali kehidupan kepada normal,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jelas bila kempen vaksinasi akan dimulakan secara menyeluruh. 

Menurut Penasihat Menteri Kesihatan, Abdul Wahab al-Musleh, golongan berisiko seperti warga emas dan pesakit kronik akan menjadi penerima pertama vaksin Pfizer-BioNTech.

Qatar terus merekodkan kes jangkitan baharu COVID-19 dengan jumlah keseluruhan kini mencecah 141,858 kes dan 243 kematian sejak kes merebak ke negara itu. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button