Berita Utama

8 lagi kluster baharu COVID-19

Kluster Pekapuri adalah kluster tempat kerja di daerah Gombak

PUTRAJAYA, 6 Jamadilawal 1442H, Isnin – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu COVID-19 hari ini di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Pulau Pinang dan Labuan, dengan enam daripadanya melibatkan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, bagi Kluster Pekapuri yang merupakan kluster tempat kerja di Selangor melibatkan daerah Gombak, dengan kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif pada hari ini melalui saringan bersasar di tempat kerja.

“Sehingga kini, sejumlah 769 individu telah disaring dan seramai 202 kes telah dikesan positif bagi kluster ini,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bagi Kluster Batu Besar yang melibatkan daerah Klang di Selangor, kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif pada 18 Disember melalui saringan bersasar di tempat kerja.

“Sehingga hari ini, sejumlah 546 individu telah disaring dan seramai 59 kes dikesan positif,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button