Dunia

Alami krisis kewangan, Bank Pusat Iraq turunkan nilai mata wang

Rakyat marah kerana berisiko jejaskan lagi masalah ekonomi

BAGHDAD, 6 Jamadilawal 1442H, Isnin – Bank Pusat Iraq telah menurunkan nilai mata wang negara berbanding dolas AS kepada hampir 20 peratus. 

Dalam satu kenyataan semalam, Bank Pusat memaklumkan kadar pertukaran akan ditetapkan pada 1,450 dinar per dolar bagi Kementerian Kewangan dan 1,460 dinar kepada bank awam. 

Dolar akan dijual kepada orang ramai dengan harga 1,470 dinar, kata Bank Pusat. 

Sebelum ini, dolar dijual dengan harga 1,182 dinar di Iraq. 

Penurunan itu berlaku ketika kerajaan Iraq menghadapi krisis kewangan yang disebabkan oleh harga minyak yang rendah kesan daripada penularan COVID-19. 

Langkah Iraq menurunkan nilai mata wang telah mencetuskan kemarahan rakyatnya kerana ia berisiko menjejaskan lagi masalah ekonomi bagi orang awam Iraq. 

Iraq sebagai pengeksport minyak ketiga terbesar di dunia, terpaksa melaksanakan langkah itu untuk mengatasi krisis ekonomi negara.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button