Berita Utama

Calon Gerakan dakwa PN takkan tutup premis judi di Negeri Sembilan

Tang Jay Son akan ingatkan PAS tadbir dengan adil jika menang DUN Chuah

PORT DICKSON, 15 Muharam 1445H, Rabu – Perikatan Nasional (PN) tidak akan menerima pakai dasar kerajaan sementara Kedah yang mengharamkan perjudian termasuk kedai 4D di Negeri Sembilan sekiranya memerintah negeri itu, dakwa seorang calon dalam pilihan raya negeri.

Calon bernama Chuah Tang Jay Son, 49, dari Parti Gerakan mendakwa, situsi berbeza antara Kedah dan Negeri Sembilan.

“Penduduk Islam di Kedah melebihi 80 peratus jadi kerajaan tempatan mengambil majoriti etnik sebagai pertimbangan utama dalam menggubal dasar negeri.

“Tetapi di Chuah, pengundi Cina melebihi 57 peratus. Dalam keadaan berbilang kaum, dasar mesti mengambil kira kepelbagaian dan saling menghormati.

“Kedah dan Terengganu mempunyai penduduk majoriti Islam, jadi dasar kerajaan tempatan akan memihak kepada kumpulan etnik majoriti, tetapi di sini (Chuah) berbeza,” katanya seperti dilapor The Star.

Tang berkata, jika PN memenangi negeri itu, kedai perjudian dan loteri tidak akan ditutup, sambil menambah bahawa industri perjudian membayar cukai kepada kerajaan.

“Saya tidak nafikan pengundi di sini bimbang PAS berkuasa.

“Jadi, menjadi tanggungjawab Gerakan untuk menjelaskan kepada pengundi bahawa Islam adalah agama rasmi negara dan menghormati antara satu sama lain adalah langkah pertama,” katanya.

Tang berkata, peranan Gerakan dalam PN adalah untuk memantau, menyemak dan mengimbangi penggubalan dasar.

“Sekiranya ada dasar yang kelihatan tidak menguntungkan kaum lain, kami akan menggesa untuk memperbetulkannya dan memastikan pendekatan yang seimbang, dan kami akan mengingatkan PAS untuk mentadbir dengan adil,” katanya.

Bagaimanapun, pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Yew Boon Lye, 52, mengingatkan Gerakan bahawa penutupan pusat perjudian terletak pada kerajaan negeri.

“Sekiranya Gerakan gagal mendapatkan mana-mana kerusi dalam pilihan raya negeri, ia tidak akan mempunyai kuasa untuk menghalang PAS daripada membuat keputusan berhubung perkara tersebut,” kata calon PKR itu.

Beliau juga berkata, pelbagai cawangan memberi peringatan bahawa orang Islam tidak dibenarkan menyertai perjudian, maka kerajaan negeri perlu menghormati kebebasan dan pilihan rakyat.

Selian itu beliau berpendapat, ‘gelombang hijau’ yang mendorong PN mencapai kemenangan tidak dijangka pada Pilihan Raya Umum ke-15 tidak mungkin berlaku di Negeri Sembilan.

“Rakyat Negeri Sembilan hidup harmoni dalam kalangan semua kumpulan etnik,” katanya.

Chuah ialah kerusi DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Port Dickson.

Megikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya, kerusi DUN itu mempunyai 15,095 pengundi – Cina (57.45 peratus), India (24.13 peratus), Melayu (18.12 peratus) dan lain-lain (0.3 peratus).

Kedua-dua Tang dan Yew membuat penampilan sulung dalam pilihan raya pada PRN kali ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button