Dunia

Cegah COVID-19 bermutasi, Eropah sekat penerbangan dari UK

Belgium, Turki ambil langkah sama, bimbang wabak merebak cepat

PARIS, 6 Jamadilawal 1442H, Isnin – Beberapa jam selepas Britain mengumumkan perintah berkurung – ekoran kes jangkitan bermutasi COVID-19 di United Kingdom (UK) – Perancis, Jerman, Itali, Turki dan negara Eropah lain segera menghadkan dan melarang sebarang perjalanan dari negara Perancis menangguhkan semua perjalanan ke dan dari UK mulai tengah malam Ahad selama sekurang-kurangnya 48 jam.

Menteri Pengangkutannya, Jean-Baptiste Djebbari berkata, keputusan itu dibuat berikutan tekanan baharu terhadap wabak yang merebak cepat di UK. 

Keputusan melarang pengangkutan kereta api, jalan raya dan penerbangan itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar jawatankuasa pertahanan kesihatan yang dipengerusikan Presiden Emmanuel Ahad malam.

Jerman juga menghentikan semua penerbangan dari UK dan Afrika Selatan, kata Menteri Kesihatan, Jena Spahn sebagai langkah mengelakkan daripada penularan wabak bermutasi itu.

Belgium dan Belanda juga melakukan langkah sama seperti Itali pada Ahad yang melarang penerbangan ke atau dari UK. 

“Sebagai kerajaan, kami bertanggungjawab melindungi rakyat Itali. Setelah memaklumkan kepada Britain, kami akan menandatangani perintah untuk menangguhkan penerbangan dengan negara itu,” kata Menteri Luar Negeri, Luigi Di Maio. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button