Berita Utama

Dividen TH diumum awal tahun depan

Catat deposit tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM75.58 bilion

PETALING JAYA, 6 Jamadilawal 1442H, Isnin – Pengumuman pemberian dividen (hibah) pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) akan diumumkan pada suku pertama tahun hadapan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff berkata, TH terus mencatatkan deposit tertinggi dalam sejarah sehingga akhir November iaitu bernilai RM75.58 bilion.

Katanya, TH berada dalam trajektori yang betul selepas terus menunjukkan peningkatan dalam deposit termasuk aset yang diperolehi dengan kadar yang tinggi.

“Pencapaian ini mencerminkan keyakinan rakyat dan pendeposit terhadap TH kekal utuh, meskipun negara berdepan dengan persekitaran ekonomi yang sukar.

“Bagaimanapun dalam keadaan COVID-19 ini banyak cabaran dari segi pelaburan yang perlu dihadapi tetapi TH akan buat yang sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangani tawaran pembelian sebuah menara pejabat daripada Bukit Damansara Development Sdn Bhd, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button