Berita UtamaDunia

Elak virus mutasi, Hong Kong larang penerbangan dari Britain

Individu tiba dalam 14 hari terakhir juga perlu kuarantin mandatori

HONG KONG, 6 Jamadilawal 1442H, Isnin – Hong Kong memutuskan untuk menyekat semua penerbangan dari Britain berikutan penemuan mutasi baharu virus COVID-19 yang dikenali sebagai VUI-202012/01.

“Mulai tengah malam tidak akan ada lagi penerbangan penumpang yang tiba di Hong Kong dari United Kingdom,” kata Setiausaha Kesihatan, Sophia Chan kepada wartawan.

Sesiapa yang tiba di Hong Kong dari UK dalam 14 hari terakhir juga harus menjalani kuarantin yang lebih lama, kata para pegawai.

Semua penumpang antarabangsa ke Hong Kong pada masa ini juga harus menjalani kuarantin mandatori selama dua minggu di hotel-hotel khusus.

Negara-negara di seluruh dunia telah mulai melarang penerbangan dan pelancong dari Britain susulan penularan mutasi coronavirus baru terutama di selatan dan timur negara itu.

Keputusan Hong Kong khususnya akan mempengaruhi pelajar dari bandar yang belajar di sana dan berharap dapat pulang pada musim Krismas.

“Mengenai jumlah pelajar yang belajar di United Kingdom yang pulang ke Hong Kong, pemerintah percaya kita harus segera melaksanakan langkah-langkah ketat dan tepat untuk mencegah virus bermutasi daripada menular di Hong Kong,” kata Chan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button