Berita UtamaDunia

Rejim Israel tembak mati pemuda Palestin di Masjid al-Aqsa

Semua pintu perkarangan ditutup, jemaah ditahan di dalam masjid

BAITULMAQDIS, 7 Jamadilawal 1442H, Selasa – Rejim pengganas Israel menembak mati seorang pemuda Palestin di Bab Huta, salah satu pintu masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki.

Sumber tempatan mengatakan bahawa pasukan Israel melepaskan tembakan ke arah pemuda Palestin itu, membunuhnya setelah dia didakwa cuba melakukan serangan berdekatan pintu pagar.

Identitinya masih belum diketahui sehingga kini, lapor agensi berita Palestin WAFA pada Isnin malam.

Susulan itu, tentera Israel menghalang orang awam memasuki atau meninggalkan Kota Lama selepas tembakan tersebut dan menutup kawasan Bab al-Amoud dan Bab al-Sahera di Kota Lama, di mana mereka menyerang orang awam dan penjaja jalanan.

Mereka juga menutup semua pintu yang menuju ke perkarangan Majlis al-Aqsa dan menahan para jemaah di dalamnya.

Rakyat Palestin berulang kali memberi amaran mengenai cubaan Israel untuk mengubah status quo perkarangan Masjid al-Aqsa.

Awal tahun ini, rejim Israel berang kerana rakyat Palestin memasang pembesar suara di dinding laman suci itu, sehingga menangkap kakitangan Jabatan Waqf Islamik.

Pelanggaran tersebut dikecam keras oleh Jordan pada bulan September. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button