Wajib buat ujian swab COVID-19 jika mahu ke Indonesia
Perintah berkuat kuasa 19 Disember hingga 8 Januari 2021

BANGI, 7 Jamadilawal 1442H, Selasa – Semua warganegara asing termasuk rakyat Malaysia (WNM) yang berhasrat melaksanakan perjalanan rentas sempadan di Indonesia, perlu melakukan ujian saringan COVID-19.
Selain itu, rakyat Malaysia yang berhasrat memasuki Indonesia juga diwajibkan membuat ujian saringan dari negara asal dalam tempoh 72 jam sebelum memulakan perjalanan.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu kenyataan memaklumkan, perintah itu berkuat kuasa mulai 19 Disember hingga 8 Januari 2021.
“Setelah tiba di pintu masuk antarabangsa di Indonesia, WNM perlu mengambil ujian swab kedua dan harus menjalani kuarantin wajib di hotel-hotel yang telah ditetapkan di atas tanggungan sendiri sementara menunggu keputusan ujian swab kedua,” katanya.