Dunia

WHO belum ada bukti risiko strain baharu COVID-19

Wabak pandemik baharu sangat mudah berjangkit dilaporkan di UK

GENEVA, 7 Jamadilawal 1442H, Selasa – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum ada bukti kukuh mengenai risiko jenis COVID-19 baharu yang sangat mudah berjangkit dilaporkan di United Kingdom (UK). 

Ketua Pengarah WHO, Tedros Ghebreyesus berkata, pihaknya dimaklumkan daripada data yang dilaporkan oleh UK berhubung peningkatan penularan dalam varians itu.

“Tetapi, belum ada bukti sejauh mana kemungkinan besar ia akan menyebabkan penyakit yang teruk atau kematian.

“Dasarnya, kita perlu menekankan penularan semua virus SARS-CoV-2 secepat yang kita dapat. Semakin banyak kita biarkan ia merebak, semakin banyak peluang untuk ia berubah,” katanya dalam webinar dwimingguan mengenai COVID-19.

Angka kematian akibat wabak di UK kini mencecah 68,000 orang – jumlah terburuk di Eropah. 

Sebelum ini, WHO menerima laporan penularan jenis baharu COVID-19 di Afrika Selatan sebagai virus bermutasi, dan mengatakan ianya semula jadi dan sudah dijangka. 

WHO bekerjasama dengan saintis untuk mengenal pasti bagaimana perubahan genetik mempengaruhi virus bertindak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button