Lawatan penjara sempena Hari Krismas dibatalkan
Sesi perjumpaan diganti dengan aplikasi Skype, khidmat telefon prabayar

BANGI, 8 Jamadilawal 1442H, Rabu – Jabatan Penjara Malaysia membatalkan sesi perjumpaan secara fizikal antara penghuni dan keluarga di seluruh institusi sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.
Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara memaklumkan, langkah itu adalah bagi mencegah penularan wabak COVID-19 ke dalam institusi penjara.
Bagaimanapun, sesi perjumpaan akan digantikan dengan menggunakan aplikasi Skype dan perkhidmatan telefon prabayar yang telah disediakan di seluruh institusi penjara.
“Kerjasama YBhg Dato, Datuk/tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih dan sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.
“Sekiranya YBhg Dato, Datuk/ tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada institusi penjara yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.