Berita UtamaDunia

Dengki, penduduk haram Israel cabut pokok zaitun

At-Tuwani berada di bawah kawalan Israel sepenuhnya

HEBRON, 9 Jamadilawal 1442H, Khamis – Penduduk haram Israel hari ini bertindak mencabut puluhan pokok zaitun di kawasan At-Tuwani, di Selatan bandar Hebron, di Tebing Barat Selatan.

Pegawai tempatan, Rateb al-Jabour berkata, penduduk Yahudi di Maon mencabut serta mencuri kira-kira 35 pokok zaitun milik keluarga Palestin.

At-Tuwani terletak di 14 kilometer ke Selatan Hebron dan terdiri daripada dua buah dusun, manakala Masafer Yatta terdiri daripada 19 dusun seluas 37,500 dunam serta menjadikan sektor penternakan sebagai sumber ekonomi utama.

Terletak di Kawasan C Tebing Barat, At-Tuwani berada di bawah kawalan pentadbiran dan ketenteraan rejim pengganas Israel sepenuhnya.

Wilayah itu juga telah ditetapkan sebagai zon ketenteraan Israel tertutup sejak tahun 1980-an dan turut dikenali sebagai Firing Zone 918.

Kekejaman Israel di kawasan itu termasuk memusnahkan kandang haiwan, kediaman dan bangunan.

Warga Palestin tidak diberikan permit untuk membina penempatan mereka.

Keganasan penduduk haram Yahudi terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka adalah perkara biasa dan jarang diadili oleh pihak berkuasa Israel.

Antara kekejaman lain dilakukan oleh penduduk haram termasuk merosakkan harta benda dan masjid, melempar batu serta memusnahkan tanaman milik penduduk Palestin.

Terdapat lebih daripada 700,000 penduduk Yahudi yang tinggal di penempatan haram di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, sekali gus melanggar undang-undang antarabangsa khususnya Konvensyen Geneva Keempat. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button